At-Taubah (9) : 28
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas bahawasanya kaum musyrikin sering datang ke Masjidilharam sambil membawa makanan untuk dijual di sana. Ketika mereka dilarang dating ke Masjidilharam, orang-orang muslim resah kerana tidak dapat melakukan jual beli dengan mereka ?Dari mana kita akan mendapatkan makanan?? Lalu turunlah ayat ini. Ibnu Jarir dan Abu Syaikh juga meriwayatkan hadis yang kurang lebih sama, dari Said bin Jubair, dia berkata ?Tatkala turun ayat larangan orang musyrik mendatangi Masjidilharam, hal itu menimbulkan kekhawatiran dan kecemasan bagi kaum msulimin. Sebahagian mereka mengatakan ?Siapakah yang akan menyediakan makanan dan perhiasan bagi kita?? Kemudian Allah menurunkan ayat ini.?
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)