At-Taubah (9) : 25
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
TAFSIR 1
Ibnu Juraij meriwayatkan dari Mujahid. Inilah ayat pertama yang turun dari surah Bara?ah, Allah swt menyebutkan kepada orang-orang yang beriman akan kurnia-Nya atas mereka, kebaikan-Nya pada mereka dalam menolong mereka di medan peperangan yang banyak dari peperangan-peperangan mereka bersama Rasulullah saw dan semua itu adalah dari sisi-Nya dan dengan pertolongan dan takdir-Nya bukan kerana jumlah dan bilangan mereka. Pada hari Hunain jumlah mereka yang banyak telah membuat mereka kagum, padahal jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat sedikit pun kepada mereka. Mereka lari ke belakang kecuali hanya sedikit yang tinggal bersama Rasulullah saw kemudian Allah menurunkan kemenangan dan pertolongan-Nya kepada Rasul-Nya dan orang-orang mukminin yang bersama beliau, untuk memberi tahu mereka bahawa kemenangan itu hanyalah datang dari Sisi Allah swt semata-mata dan dengan huluran tangan-Nya walaupun jumlah mereka sedikit. Dan berapa banyak dari jumlah yang sedikit bisa mengalahkan jumlah yang banyak dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar. Perang Hunain terjadi setelah pembebasan kota Mekah pada bulan Syawal tahun kedelapan hijrah. Sebuah berita sampai kepada beliau bahawa Hawazin berkumpul untuk memerangi beliau. Rasulullah saw keluar membawa pasukan sepuluh ribu orang kemudian berjalan menuju musuh dan bertemu di sebuah lembah yang terletak antara Mekah dan Thaif yang disebut Hunain.
Rujukan: 1999: 446-447 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang dan (ingatlah) Perang Hunain). Maksudnya, Allah telah menolong kamu wahai kaum mukmin, di berbagai medan peperangan, yang kalian mempersiapkan diri untuk menemui musuh-musuhmu. Di sana kamu menemui Masyhad (tempat gugurnya orang yang mati syahid). Begitu pula Allah telah menolong kamu pada peperangan Hunain. Hunain adalah lembah yang terletak antara Mekah dan Thaif. (Ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu). Maksudnya, kaum mukmimin merasa congkak dengan jumlah mereka yang saat itu mencapai dua belas ribu orang. Diriwayatkan bahawa seseorang dari sahabat Nabi saw berkata, 'Kita tidak akan dikalahlah oleh mereka yang sedikit jumlahnya.' (Dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang-langgang). Maksudnya kemudian kamu lari dari musuhmu dan ini adalah sebuah kekalahan. Allah mengkhabarkan kepada mereka bahawa pertolongan itu dengan kekuasaan-Nya dan dari sisi-Nya bukan kerana banyaknya jumlah dan kehebatan bertindak. Allah akan menolong kelompok minoritas atas majoritas jika Dia berkendak. Dia membiarkan keduanya bertempur, lalu kelompok majoritas kalah.
Rujukan: 2001: 386-387 (Tafsir al-Tabari)