At-Taubah (9) : 25
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam kitab Ad-Dalail dari Rabi bin Anas bahawasannya pada peperangan di Hunain, ada seseorang yang berseru "Kita tidak akan pernah kalah oleh pasukan yang berjumlah sedikit." Pada saat itu, pasukan muslimin berjumlah dua belas ribu orang. Perkataan itu sempat mengkhawatirkan Rasulullah. Lalu turunlah ayat ini sebagai teguran kepada kaum muslimin agar tidak menyombongkan diri.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)