At-Taubah (9) : 17
مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ali bin Thalhah dari Ibnu Abbas bahawasannya ayahnya, Al-Abbas, yang juga bapa saudara Rasulullah, ketika ditawan dalam Perang Badar, dia berkata "Sekiranya kalian lebih dahulu daripada kami memeluk Islam, berhijrah dan berjihad, sungguh kami adalah orang-orang yang lebih awal memakmurkan Masjidilharam, memberi minum orang yang beribadah haji serta membebaskan tawanan." Lalu turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)