At-Taubah (9) : 1
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).
TAFSIR 1
Surah yang mulia ini adalah termasuk salah satu surah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Barra bahawa ayat terakhir yang turun adalah firman Allah sebagai berikut. (Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah, katakanlah Allah memberikan fatwa kepadamu tentang kalalah) (QS An-Nisa, 4: 1 76) sedangkan surah terakhir yang turun adalah surah Bara?ah ini (QS At-Taubah). Sementara itu, basmalah tidak ditulis di awal surah At-Taubah kerana para sahabat tidak menulisnya di dalam mushaf al-Imam. Mereka mengikuti Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a. Permulaan surah Bara?ah yang mulia ini turun kepada Rasulullah saw ketika beliau bertolak dari perang Tabuk ketika mereka berhaji kemudian disebutkan bahawa orang-orang musyrikin melaksanakan kebiasaan mereka pada musim ini iaitu melakukan tawaf di Kaabah dengan telanjang, maka Rasulullah saw benci untuk berhubungan dengan mereka lalu beliau mengutus Abu Bakar r.a sebagai Amir Haji tahun itu, untuk melaksanakan manasik dengan orang-orang dan memberitahukan orang-orang musyrikin bahawa mereka tidak boleh melaksanakan haji setelah tahun ini serta menyerukan kepada manusia ayat Bara?ah, ((lnilah pernyataan) pemutusan perhubungan dari Allah dan Rasul-Nya). Ketika beliau pulang, beliau meneruskan perintah itu kepada Ali bin Abu Thalib untuk menjadi mubaligh Rasulullah saw kerana dia masih kerabat beliau.
Rujukan: 1999: 441 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
((lnilah pernyataan) pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya). Maksudnya, Inilah pernyataan pemutusan hubungan dari Allah dan Rasul-Nya (yang dihadapkan) kepada orang-orang dari musyrikin yang telah mengambil perjanjian dengan Rasulullah saw. Kerana perjanjian antara kaum muslim dengan kaum musyrik itu adalah perjanjian Rasulullah saw. Tidak akan ada yang menguasai perjanjian itu selain Rasulullah saw atau yang diberi mandat olehnya. Meskipun demikian, pembicaraan tentang ini ditujukan kepada orang beriman kerana mereka mengetahui maknanya. Perjanjian Nabi atas umatnya adalah perjanjian mereka juga. Kerana mereka meredhai setiap perbuatan beliau. Mereka menerima perjanjian yang dibuat oleh nabi kepada mereka sehingga perjanjian Nabi kepada mereka seperti perjanjian terhadap diri mereka sendiri. Kerana itulah Allah berfirman: (Kepada orang-orang musyrikin yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka)).
Rujukan: 2001: 303-304 (Tafsir al-Tabari)