Al-Anfaal (8) : 64
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
TAFSIR 1
Allah swt menganjurkan rasuI-Nya dan kaum mukminin untuk berperang dan melakukan pertempuran dengan kaum kafir. Selain itu, Allah swt juga memberi khabar gembira kepada mereka, bahawa Dia akan menolong dan menguatkan kaum mukminin dalam menghadapi musuh-musuhnya meskipun jumlah pasukan kaum kafir sangat banyak sedangkan kaum muslimin berjumlah sedikit. Ketika bertemu dengan pasukan kaum kafir dalam Perang Badar, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya, "Berdirilah kalian menuju ke syurga yang luasnya sepadan dengan langit dan bumi. " Mendengar sabda Rasulullah saw, Umar bin Hamam bertanya, "Luasnya sepadan dengan langit dan bumi, ya Rasulullah?" Rasulullah saw menjawab, "Ya, benar." Umar bin Hamam berkata lagi, "Wah hebat, hebat!" Rasulullah saw bertanya kepadanya, "Apa maksudmu dengan mengatakan hebat?" Umar bin Hamam menjawab, "Aku ingin menjadi salah satu penghuni syurga itu, wahai Rasulullah." Kemudian Rasulullah saw bersabda kepadanya, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu adalah salah satu penghuninya. " Setelah itu salah seorang lelaki maju dan mematahkan mata pedangnya lalu dia mengeluarkan beberapa buah kurma dan memakan sebahagian dari kurma itu. Dia membuang sisa kurma dari tangannya seraya berkata, "Aku akan tetap hidup sehingga aku dapat memakan semua kurma itu, kerana sesungguhnya ia mempunyai kehidupan yang panjang." Kemudian dia maju lalu berperang hingga akhirnya terbunuh."
Rujukan: 1999: 437 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
(Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu). Maksudnya, Allah berfirman kepada mereka: "Lawanlah musuhmu kerana Allah yang akan mencukupi urusanmu. Jumlah mereka yang banyak jangan sampai membuat kalian takut kendatipun jumlah kalian sedikit. Kerana Allah akan memberi kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya". As-Syabi berkata tentang ayat ini, "Cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu."
Rujukan: 2001: 259-261 (Tafsir al-Tabari)