Al-Anfaal (8) : 49
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata, "Ketika jarak kaum muslimin dengan kaum musyrik sudah dekat, Allah menampakkan jumlah kaum muslimin yang sedikit dalam pandangan mata kaum musyrik dan menampakkan sedikit jumlah kaum musyrik dalam pandangan mata kaum muslimin. Kaum musyrik berkata, 'Sungguh agama mereka telah menipu dan memperdayakan mereka.' Kaum musyrik berkata demikian kerana melihat jumlah kaum muslimin yang sedikit. Mereka mengira mereka akan mampu mengalahkan kaum muslimin dengan mudah." Allah swt berfirman, (Barang siapa bertawakal kepada Allah, ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana). Qatadah berkata, "Kaum musyrik menilai kaum muslimin bersedia ikut perang kerana perintah (paksaan) dari Allah." Dalam sebuah hadis diceritakan, ketika Abu Jahal mengintai dan mengawasi Rasulullah saw beserta para sahabatnya, dia berkata, "Demi Allah tidak ada yang akan menyembah Allah setelah hari kekejaman dan kezaliman ini." Maksud firman Allah swt, (Barang siapa bertawakal kepada Allah) adalah barang siapa yang menyerahkan dan menyandarkan seluruh urusan di Sisi Allah, (Ketahuilah bahawa Allah Mahaperkasa) Allah swt tidak akan menzalimi orang yang meminta perlindungan kepada-Nya. Allah Maha Perkasa, Maha Mulia dan Raja yang Maha Agung. (Maha Bijaksana) yakni Allah swt Maha Bijaksana atas segala perbuatan-Nya, meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Dia akan menolong siapa saja yang berhak mendapat pertolongan.
Rujukan: 1999: 433-434 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
((Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata, "Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya"). Diterangkan bahawa orang-orang yang mengatakan ucapan ini adalah sekelompok orang dari kaum musyrik Quraisy yang berbicara Islam namun dalam hatinya tidak menjadikan Islam sebagai hukum, sebagaimana diriwayatkan dari Amir tentang ayat ini. la berkata, "Orang-orang dari penduduk Mekah, mereka berbicara Islam lalu pergi bersama orang musyrik pada hari perang Badar. Ketika mereka melihat jumlah kaum muslim sedikit, mereka berkata, "Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya." (Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, Maka Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana). Maksudnya, siapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah, mempercayai-Nya serta redha dengan keputusan-Nya maka Allah adalah penjaga dan penolongnya. Kerana Allah Yang Maha Perkasa, tidak dapat dikalahkan oleh siapapun. Siapa yang bertawakal kepadaNya nescaya Dia yang memberi kecukupan. Ini merupakan perintah Allah kepada orang beriman, baik sahabat Rasulullah saw mahupun yang Iainnya, agar menyerahkan urusan mereka kepada Allah dan menerima keputusannya, sebagaimana Dia memberi kecukupan kepada mereka dalam menghadapi musuh mereka dan mereka tidak akan direndahkan oleh orang yang menetang mereka kerana Allah Yang Maha Perkasa, tidak dapat dikalahkan. Juga Maha Bijaksana dalam mengatur urusan makhluk-Nya. Pengaturan-Nya tidak terkontaminasi oleh kelemahan.
Rujukan: 2001: 226-229 (Tafsir al-Tabari)