Al-Anfaal (8) : 49
إِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ غَرَّ هَؤُلَاءِ دِينُهُمْ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
HADISNYA
Dari Zaid bin Tsabit r.a, dia berkata "Bahawa Nabi saw berangkat untuk berperang di bukit Uhud lalu kembalilah sebahagian dari mereka yang ikut bersama beliau sehingga terpecahlah para pengikut Nabi saw menjadi dua bahagian. Sebahagian mereka mengatakan kita akan bunuh mereka dan sebahagian lagi berpendapat tidak. Lalu turunlah ayat "Maka, mengapa kamu terpecah menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik."
No Hadis: 4980
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)