Al-Anfaal (8) : 41
Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
TAFSIR 1
Allah swt menjelaskan secara terperinci apa yang Dia syariatkan khususnya kepada umat Muhammad yang mulia di antara umat-umat terdahulu iaitu penjelasan tentang penempatan (pembahagian) ghanimah. Ghanimah adalah harta yang diambil dari kaum kafir dengan disertai adanya pertempuran. Adapun fa?i adalah harta yang diambil dari kaum kafir tanpa ada pertempuran terlebih dahulu seperti harta yang diambil untuk kebaikan mereka, pajak tanah (upeti) dan pajak bumi. Ayat ini menegaskan kewajiban pembahagian seperlima dari setiap ghanimah, baik yang berjumlah sedikit mahupun banyak meskipun berupa benang dan jarum jahit. Imam Dhahhak meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a berkata, "Ketika Rasulullah saw mengutus tentara militer berperang dan mereka berhasil membawa harta ghanimah, beliau membahaginya menjadi seperlima dan mengalikan seperlima itu menjadi lima bahagian, Ialu beliau membaca ayat ini. (Maka bahagian Allah dan bahagian rasul dari ghanimah tersebut dijadikan satu). Maksud firman Allah swt, (Dan anak yatim) adalah anak-anak yatim yang muslim. Adapun firman Allah swt, (Dan ibnu sabil) adalah orang-orang yang sedang dalam perjalanan atau yang hendak melakukan perjalanan dengan jarak tempuh diperbolehkannya mengqashar solat dan dia tidak mempunyai biaya perjalanan.
Rujukan: 1999: 431-432 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ibnu Jarir mengatakan bahawa ghanimah adalah harta pemberian Allah yang diperoleh dari orang yang dikalahkan dalam peperangan. Adapun fa'i adalah harta orang musyrik yang diserahkan Allah kepada kaum muslim dengan cara damai tanpa perang. Ibnu Jarir mengatakan bahawa kalimat (Sesungguhnya seperlima untuk Allah) adalah kalimat pembukaan. Telah disepakati bahawa khumus itu tidak boleh dibagi menjadi enam bahagian. Sekiranya Allah berhak mendapatkan satu bahagian nescaya khumus ghanimah itu dibahagi menjadi enam bahagian. Rasulullah saw mengalihkan bahagiannya kepada kaum kerabatnya dari Bani Hasyim dan sekutu mereka dari Bani Muthallib. Setelah beliau wafat, bahagiannya dikembalikan kepada khumus. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas, khumus dibagi menjadi empat bahagian: Kerabat punya satu saham, anak yatim punya satu saham, orang miskin punya satu saham dan Ibnu Sabil punya satu saham. Maksud firman Allah swt (Dan ketahuilah, sesungguhnya segala yang kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin dan ibnu sabil) yakinilah, wahai orang beriman, apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang maka dibahagikan sesuai dengan bahagian yang telah Aku jelaskan. Berimanlah kepada-Nya, jika kamu mengakui keesaan Allah dan apa yang diturunkan kepada hamba-Nya Muhamad saw pada hari dipisahkannya hak dan batil pada Perang Badar. Lalu Allah menjelaskan kejayaan dan kemenangan kaum mukmin atas musuh mereka. Di hari bertemunya dua pasukan, pasukan kaum mukmin dan kaum musyrik. Allah Maha Kuasa atas kekalahan kaum kafir di tangan kaum mukmin dan atas segala sesuatu selain itu. Tidak ada seorang pun yang dapat mencegah kehendak-Nya.
Rujukan: 2001: 184-203 (Tafsir al-Tabari)