Al-Anfaal (8) : 34
Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
HADISNYA
Dari Nabi saw tentang yang beliau sampaikan dari Tuhannya, beliau bersabda "Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa 'Ya Allah, ampunilah dosaku.' Allah Taala berfirman 'Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu.' Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa lalu berdoa lagi 'Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku.' Allah Taala berfirman 'Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyeksa kerana dosa itu.' Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, Ialu berdoa 'Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.' Allah Taala berfirman 'Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu kerana Aku benar-benar telah mengampunimu.' Abdul A'la berkata 'Aku tidak mengetahui apakah Allah berfirman berbuatlah sesukamu pada yang ketiga kali atau keempat kali."'
No Hadis: 4953
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)