Al-Anfaal (8) : 9
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
TAFSIR 1
Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Al-Maghazi bahawa Ibnu Mas'ud berkata, "Aku bersaksi dari Miqdad bin Aswad dalam permusyawaratan. Dia datang kepada Rasulullah saw dan meyeru kepada kaum musyrik seraya berkata, 'Kami tidak akan mengatakan seperti yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Nabi Musa, (Maka pergilah kamu bersama dengan Tuhanmu dan berperanglah kalian berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja.) (QS Al-Ma'idah, 5:24). Kami akan ikut berperang bersamamu. Kami akan berada di samping kanan, kiri, depan dan belakangmu. Lalu aku melihat wajah Rasulullah saw berseri-seri dan gembira atas ucapan Miqdad bin Aswad." Maksud firman Allah swt, (Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut) adalah Allah swt akan mendatangkan bantuan berupa malaikat yang datang secara berturut-turut satu sama laiannya. Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata, "Allah telah memperkuat nabi-Nya dan kaum mukminin dengan mengirimkan bala tentara dari golongan malaikat sebanyak seribu malaikat yang terdiri dari malaikat Jibril beserta lima ratus malaikat bersayap dan malaikat Mikail bersama malaikat bersayap lainnya."
Rujukan: 1999: 420-421 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ketika akan terjadi perang Badar, Rasulullah saw menyadari betapa lemah mental kaum mukmin dan betapa kecil jumlah mereka sebagaimana beliau saksikan, maka beliau memohon kepada Allah agar diberikan dukungan moral kepada mereka yang lebih menjamin kemenangan daripada sekadar kekuatan material. Penjelasan ini termaktub dalam hadis panjang yang menjadi sebab turunnya ayat ini dan pada kolom ini termaktub dalam materi Asbabun Nuzul dengan sanad selengkapnya sebagai berikut, dari Muhammad bin Ubaid Al Muhariby, ia berkata, Abdullah bin Mubarak telah meriwayatkan kepada kami, dari Ikrimah bin Ammar, ia berkata, telah meriwayatkan kepadaku Simak Al Hanafi, ia berkata, aku mendengar Ibnu Abbas berkata, dari Umar bin Khathab. Selanjutnya, pada ayat ini dijelaskan bahawa Allah mengabulkan doa beliau melalui pengiriman bala bantuan sebanyak seribu malaikat, yang satu berada dan mengikuti di belakang yang lain. Dalam satu riwayat, Ali menjelaskan, disebutkan bahawa malaikat Jibril berada di sebelah kanan Rasulullah saw bersama seribu malaikat, dan Abu Bakar berada di Sisi itu. Sedang malaikat Mikail berada di sebelah kiri Rasulullah saw bersama seribu malaikat lainnya dan saya berada di Sisi itu. Riwayat ini disampaikan oleh Al-Mutsanna, ia berkata, Ishak telah menceritakan kepada kami, ia berkata, Yaakub bin Muhammad Az-Zuhri telah menceritakan kepada kami, ia berkata, Abdul Aziz bin Imran telah meriwayatkan kepada kami, dari Az-Zam'ie, dari Abu Al Huwairits, dari Muhammad bin Jubair, dari Ali. Ayat ini menunjukkan bahawa dengan diturunkannya para malaikat dan dibantunya kaum muslim oleh mereka, terkandung faedah moral iaitu terpengaruhnya hati mereka sehingga bertambah semangat.
Rujukan: 2001: 50-59 (Tafsir al-Tabari)