Al-A’raaf (7) : 169
Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?
HADISNYA
Hadis riwayat Ubadah bin Shamit r.a, dia berkata "Kami sedang bersama Rasulullah saw dalam suatu majlis, lalu beliau bersabda ?Apakah kamu sekalian mahu berbaiat kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak berzina, tidak mencuri, serta tidak membunuh jiwa yang telah Allah haramkan kecuali dengan hak. Barang siapa di kalian yang memenuhinya maka pahalanya ditanggung Allah. Barang siapa yang melakukan salah satunya, maka ia akan dihukum dan hukuman itu menjadi kafarat baginya. Dan barang siapa yang melakukan salah satunya kemudian Allah menutupi, maka perkaranya diserahkan kepada Allah. Jika Allah berkenan memberi ampunan, Allah akan mengampuninya dan jika Allah hendak menyeksa, maka Allah akan menyeksanya. "'
No Hadis: 3223
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)