Al-A’raaf (7) : 157
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
TAFSIR 1
Firman Allah swt, ((Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, nabi yang ummi (tidak bisa baca tulis) yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka) ini adalah sifat Nabi Muhammad saw yang tertulis dalam kitab-kitab para nabi yang memberikan khabar gembira kepada umat-umat mereka dengan diutusnya Muhammad saw. Dan memerintahkan kepada mereka untuk mengikutinya. Firman-Nyat (Yang menyuruh mereka berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar) ini adalah sifat Rasulullah saw yang disebutkan dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak memerintahkan kecuali kepada kebaikan dan tidak melarang serta mencegah kecuali kepada kejahatan. Firman-Nya, (Dan yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka) iaitu dihalalkan bagi mereka apa-apa yang sebelumnya mereka haramkan atas diri mereka sendiri seperti makanan laut, memelihara anjing (siaga) dan lain sebagainya. Firman-Nya, (Dan membebaskan beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka) iaitu dia datang untuk memudahkan dan menoleransi. Firman-Nya, (Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya) iaitu membesarkannya dan memuliakannya. Dan firman-Nya, (Dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran)) iaitu Al-Quran dan wahyu yang disampaikan kepada manusia. Mereka itulah orang-orang yang beruntung dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Rujukan: 1999:403-404 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat ini Allah menjelaskan tentang sifat-sifat Nabi Muhamad saw yang terdapat pada taurat dan Injil terutama yang disampaikan Musa a.s yang wajib diikuti oleh siapa pun di antara Bani Israil iaitu dia adalah seorang nabi yang ummi sebagai sifat yang tidak dimiliki oleh nabi-nabi Iainnya dan nabi itu tiada lain yang dimaksud adalah Muhammad saw. Pendapat ini didasarkan kepada riwayat Muhammad bin Husain, ia berkata, Ahmad telah meriwayatkan kepada kami, ia berkata Asbath telah meriwayatkan kepada kami dari As-Saddi. Kemudian pada ayat ini pun Allah menjelaskan pula kemuliaan orang-orang yang menjadi pengikutnya termasuk dari kalangan Ahli Kitab, pengikut Musa dan Isa. Bahkan dalam satu riwayat yang lain, Musa berkata, "Alangkah sangat ingin aku diciptakan menjadi bahagian dari umat Muhammad." Riwayat ini disampaikan oleh Ibnu Kuraib dan Ibnu Wakie', keduanya berkata, Yahya bin Yaman telah menceritakan kepada kami dari Asy'ats, dari Jaafar dari Said. Nabi yang ini membawa perintah kepada pengikutnya untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar, mengesakan Allah dan istiqamah dalam taat, mengharamkan babi, riba dan menghalalkan apa yang dahulu pernah di haramkan, baik makanan mahupun minuman. Muhammad ini pulalah yang menagih perjanjian yang dulu pernah diadakan antara Bani Israil dengan Allah untuk melaksanakan apa yang terkandung dalam Taurat, kendati hukum-hukum yang didalamnya dirasa sangat berat seperti menetapkan hukum jilid bagi disebabkan kencing sembarangan, mengharamkan harta rampasan perang dan sebagainya, yang dahulu pernah diharamkan kepada Bani Israil tapi kemudian Al-Quran menasakhnya.
Rujukan: 2001: 488-498 (Tafsir al-Tabari)