Al-A’raaf (7) : 150
Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".
TAFSIR 1
Allah mengisahkan ketika Musa a.s pulang kepada kaumnya dari pertemuan dengan Tuhannya, dia marah dan bersedih hati. (Musa berkata, "Alangkah buruknya apa yang kalian perbuat dengan menyembah anak sapi setelah aku pergi dan meninggalkan kalian!) Dan firman-Nya, (Apakah kamu hendak Mendahului janji Tuhanmu?) iaitu kalian tergesa-gesa akan kedatanganku sedangkan hal itu sudah ditentukan Allah swt Firman-Nya, (Musa pun melemparkan lauh-lauh (Taurat) itu dan memegang kepala saudaranya (Harun) sambil menarik ke arahnya) ini menunjukkan seperti yang ada dalam hadis, "Kebaikan itu bukan seperti yang terlihat oleh mata. " Kemudian dalam ayat ini disebutkan bahawa Musa melemparkan Lauh-lauhnya kerana marah kepada kaumnya. Dan firman-Nya, (Dan memegang kepala saudaranya (Harun) sambil menarik ke arahnya) iaitu takut kalau dia telah lalai dan tidak melarang mereka. Sedangkan dalam ayat di sini disebutkan ((Harun) berkata, "Wahai anak ibuku! Kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir saja mereka membunuhku sebab itu janganlah engkau menjadikan musuh-musuh menyoraki melihat kemalanganku dan janganlah engkau jadikan aku sebagai orang-orang yang zalim) iaitu janganlah engkau berkata kepadaku seakan-akan aku adalah bahagian dari mereka. Dan juga digunakan kata "anak ibuku" agar lebih halus dan berguna baginya, dia adalah saudara Musa dari bapa dan ibunya. Setelah berhasil mengambil hati Musa a.s, Harun pun terlepas dari kemarahannya.
Rujukan: 1999: 401 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Setelah Allah swt menjelaskan tentang peristiwa penyembahan Bani Israil kepada patung anak sapi, sampai penyesalan mereka atas kelalaian mereka dalam menunaikan kewajiban terhadap Allah lalu mereka memohon belas kasihan kepada Tuhan, maka diayat ini Allah swt menceritakan tentang kesedihan yang terjadi pada diri Nabi Musa ketika melihat keadaan kaumnya sedemikian sesat sehingga beliau melemparkan Taurat dan mengecam pedas kepada Nabi Harun yang dianggapnya tidak mengambil tindakan ketika melihat kaumnya terombang-ambing dalam kesesatan. Kata yang menggambarkan Musa ketika itu adalah (Marah dan sedih hati) berdasar riwayat yang disampaikan Imran bin Bakar Al-Kala?i, ia berkata, Abdussalam bin Muhammad Al Hadramy, ia berkata, Syuraih bin Yazib telah menceritakan kepadaku, ia berkata, aku mendengar Nashr bin Al Qamah berkata, Abu Darda berkata, bahawa yang dimaksud dengan (Marah dan sedih hati) yang dialami Musa adalah satu perasaan selepas marah dan lebih dahsyat daripada itu. Kemudian para ahli tafsir berselisih pendapat tentang sebab Musa melemparkan lembaran Taurat itu yang telah diterimanya sebahagian mereka berkata bahawa Musa lemparkannya kerana marah terhadap kaumnya yang menyembah anak lembu, pendapat ini disandarkan kepada riwayat Tamin bin Al Muntashir, ia berkata, Yazid telah menceritakan kepada kami, ia berkata, Al Ashbagh bin Zaid telah menceritakan kepada kami dari Qasim bin Abi Ayyub, ia berkata, Said bin Jubair telah menceritakan kepadaku dari Ibnu Abbas. Pendapat lainnya ketika Musa melemparkan Lauh-lauh itu disebabkan beberapa keutamaan yang terkandung di dalamnya, yang kesemua keutamaan itu tidak ada dalam umat Musa dan ketika Musa kembali dan menyaksikan itu, maka terbuktilah apa yang ada dalam Lauh-lauh itu, pendapat ini disandarkan kepada riwayat Basyar, ia berkata, Yazid telah menceritakan kepada kami, ia berkata, Said telah menceritakan kepada kami dari Qatadah. Namun pendapat yang paling benar menurut Ibnu Jarir adalah pendapat yang pertama.
Rujukan: 2001:450-455 (Tafsir al-Tabari)